JellyPages.com

Tuesday, December 20, 2011

Khas Untukmu



Aku nak kau tahu sahabat.
Sesungguhnya perkara itu sudah lama berlalu.
Aku tak sempat nak menghabiskan bait kata aku di situ.
Sebabnya aku selalu terlupa akan link page itu.
Aku ade tulis note kat situ.
Akan disambung tapi aku tak sambung.
Aku langsung tak ingat.
Maaf dipinta.
Aku mahu kau tahu.
Aku tak pernah terlupa kenangan kita.
Sedikit pun.
Tak perlu aku tunjuk rasa itu.
Aku harap kau tahu yang aku sangat sayang dekat kau, kau, kau dan kau semua.
Ye.
Mungkin aku tak boleh jadi seperti yang kau harap dan gambarkan.
Dalam hati aku nie penuh dengan rasa.
Rasa yang amat perit sebab tak berjumpa kamu semua.
Kamu semua sahabat yang tak pernah aku lupa.
Maafkan aku.
Aku cumalah seorang insan yang tak sempurna, hina dan kerdil.
Walau sekejap kita bertemu.
Tapi aku rasa seperti sudah lama.
Ye.
Aku mengharapkan persahabatan ini kekal bersama.
Biar ianya melewati usia.
Sepanjang hayat.
Aku akan berasa kesal jika melupakan sahabat yang selalu ada disamping aku.
Dalam senang atau susah.
Semoga ianya tak berulang lagi.
Aku ingin menyatakan hasrat hati aku.
Aku rindu sangat dengan kamu sahabatku.
Bila kita ingin bertemu?

Sebelum aku undur diri.
Maaf dipinta sekali lagi.
Sekian.

*Hope





No comments:

Post a Comment