JellyPages.com

Sunday, May 15, 2011

Keistimewaan Ayat Al-Kursi

Kali neh saya nak share something dengan kawan2 semua,
Sekurang-kurangnya,
Kita dapat menambahkan serba sedikit ilmu pengetahuan..


Al-Kursi: Benteng Kecelakaan dan Gangguan Syaitan

Ayat Kursi (ayat 255) adalah sebahagian ayat yang dipetik dari surah al-Baqarah. Ia diturunkan setelah berlakunya hijrah Rasulullah s.a.w serta umat Islam. Lantaran keistimewaan serta manfaat yang besar bagi sesiapa yang mengamalkan ayat tersebut dalam apa jua keadaan, maka Rasulullah s.a.w telah mengarahkan Zaid bin Tsabit menulis ayat berkenaan serta menyebarkannya kepada masyarakat Islam.

Terdapat banyak keistimewaan membaca ayat al-Kursi. Berikut antara yang boleh dijadikan pedoman.


1. Di dalam kitab Assarul Mufidah, menerangkan sesiapa yang mengamalkan membaca ayat Kursi, setiap hari sebanyak 18 kali, Insya-Allah, akan dibukakan dadanya dengan berbagai-bagai hikmah, dimurahkan rezeki, dinaikkan martabat atau darjatnya dan diberikan pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya. malah seseoran itu akan terpelihara dari segala bencana dengan izin Allah.


2. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seseorang dari umat ku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak 3 kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."


3. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak idur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika marah, maka akan hilang rasa marahnya.


4. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, pagi dan petang, setiap kali keluar dan masuk rumah atau ketika bermusafir, insya-Allah akan terpelihara dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya.


5. Abdurahman bin Auf menerangkan, apabila dia masuk ke rumah dibaca ayat Kursi pada 4 penjuru rumah dan mengharapkan, ia menjadi penjaga dan pelindung syaitan.


6. Syeikh al-Buni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insya-Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal. Malah menunaikan segala hajat, melapangkan fikiran, dimudahkan rezeki, menghilangkan kedukaannya dan diberkan segala apa yang dituntut.


7. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menjelaskan, sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak 1000 kali dalam sehari semalam, selama 40 hari, demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksudkan dan diberikan pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Quran)


8. Imam Jaafar Shadiq r.a. menjelaskan, sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindarinya 1000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, 1000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali azab api neraka.


9. Jika berpindah ke rumah baru, disarankan pada malam pertama menduduki rumah tersebut, dibacakan ayat Kursi dengan harapan Allah melindungi diri dan keluarga dari sebarang gangguan zahir dan batin.


10. Mereka yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan, insya-Allah akan mendapat bantuan daripada Allah.


11. Mereka yang membaca ayat Kursi di akhir setiap solat, tidak menegah akannya untuk masuk syurga kecuali  maut dan siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah akan memelihara diri, rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah di sekitarnya.


12. Ayat kursi yang dibaca dengan khusyuk akan menyebabkan jin dan syaitan terbakar.


13. Mengamalkan bacaan ayat Kursi, akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.


* Semoga dengan apa yang saya kongsikan hari ini dapat diamalkan oleh semua pembaca.


Sekian, renung-renungkan dan selamat beramal! :)

Happy Mother's Day !

Entry kali neh berkisah tentang..
"Selamat Hari Ibu"


Firstly, nak ucap thanks kat my mom yang comel,
Sebab banyak berkorban untuk membesarkan saya..
I'm Proud of you mom!
Mak seorang yang tabah..
Kakak nak buat mak bangga and gembira dengan anak mak yang kedua nehh..
Kakak nak tolong mak kalau kakak dah berjaya nanti!
*Itu janji kakak pada Mak..!

I LOVE YOU...


Ok..
Aku ade satu lagu untuk semua anak2 Ibu, Mak, Mama, Mummy, Ma, Ummi, and sume panggilan yang adelahh...
Hayatinya..


Kasih sayangnya bonda,
Tidak ada batasnya,
Siang malam di jaganya,
Dipangku dan di timangnya,
Dengan kasih sayangnya..

Bila di malam hari,
Ibu tetap berdoa,
Bila kau dewasa nanti,
Hidupmu akan berjasa,
Bagi nusa dan bangsa..

Oh, Tuhanku..
Yang Maha Kaya..
Limpahkan Kurnia-Mu padanya,
Panjangkan umur..Murah rezekinya,
Yang utama sifat jujur dan setia,
Jangan lupa..

Bila kelak kau dewasa nanti,
Pesan bonda jangan ingkari,
Jangan lupa pesan ini,
Jangan sampai hati bonda kau sakiti,
Jangan lupa..


*Kepada semua ibu-ibu, Selamat Hari Ibu saya ucapkan...
Sekian..



Final Exam?? Hmm..

Ha..
Ini ada satu celita woo..
Sini punya celita sangat menakutkan woo..
Waa bukan hape..
Waa sgt takut sama ini celita..
Haahaaa...


Ade-ade je lah ekau neh IZZATY..
OK Baiklah..


Sepanjang Final, aku mengalami masalah kemalasan untuk membaca..
Tapi bukan lah tak bace terus..
Baca tu bace..
Tapi ikut mood lah nak bace ke tak.


*Mentang-mentanglah ade 2 paper je ko nak belagak kan??


Eh eh..
Bukan lahh..
Bukan camtu..
Entah lah.. Aku sendiri pon tak tau kenape??
Ade sesape tau??


Itu adalah kerana mood untuk pulang ke kampung.. hahahha


Ape2 pon..
Aku berharap keputusan aku kali neh membuahkan hasil.
Aku dah berusaha, sekarang tinggal untuk Tawakal kepada-Nya..


Good Luck Izzaty!


*Kepada Awok2 yang bersama mengambil final hari tuh, saya mendoakan kejayaan awok2 tau..!!


Semoga kita semua berjaya...
Amin ya Rabbal Alamin..

Saturday, May 14, 2011

Cerita Pertama

Kita dalam hidup neh takde yang senang kan..
Tak sangka..
Benda yang kita jage..
Sayang..
Rosak..

Ouhh..
My baby.. (Laptop je pon)..
Takpelah..nak wat camne kan..
Benda nak jadi kita mane boleh nak elak..
Tak pe Izzaty...
Awak harus tabah okay!

Camne boleh jadi??
Huhhh..
Okay..
Let's begin..
Malam tu malam yang sangat ceria..
Agaklah kan..

Dalam kegembiraan bersama rakan menariku (Nur Mastura Liyana a.k.a Cahaya Mastow)..
Mase tengah tgk video.. Nak dijadikan cerita.. Laptop tetibe kuar screen biru..
Lepas da restart balik.. Tetibe "hang"..
Haiyoo..
Dalam hati aku neh.. Aku beristighfar banyak2..
Terkejut sebab.. "Boot Device not DETECTED!"
Itu adalah apa maksudnya??
Itu rosakkkkkk!!!!
Habis sume keje2, gambar2, assignment yang nak kene anta..
Wah,
Sangat besar dugaan itu..

Aku terus menelefon mak aku..
Dengan perasaan takut.. Aku berterus terang..
Mak aku terkejut... "Almaklumlah, kene gune duit kan"..
...Sebenarnye aku tau mak aku akan ckp ape...

Lelehan air mata mula berguguran,
Hati mula tak keruan..
Fikir2, mujurlah aku amek warranty 3 tahun..
Fuhhhh, selamat.. Alhamdulillah..

*Sekarang Laptop tu dalam proses dibaik pulih, Sila bersabar Izzaty, Nanti awak dapatlah balik Laptop tu..!!*

Tak lupe jugak nak ucap Thanks banyak2 kat sesiape yg tolong aku hari tuh..
*I will appriciated it...


Mana Awak..??

sekian lama menghilangkan diri..
kini muncul kembali..
hahahaha..

hai semua,
actually dah lama tak update blog..
bukan setakat tu je..
banyak sgt benda dah ketinggalan..
Muka Buku pun dah nak reput setelah sekian lama ditinggalkan macam tu je..

banyak benda yang nak dikongsikan dengan anda semua..
suka dan duka..
jom kita tengok apa yang menarik sepanjang proses menghilangkan diri..

........ Wait and See ........