JellyPages.com

Sunday, May 15, 2011

Keistimewaan Ayat Al-Kursi

Kali neh saya nak share something dengan kawan2 semua,
Sekurang-kurangnya,
Kita dapat menambahkan serba sedikit ilmu pengetahuan..


Al-Kursi: Benteng Kecelakaan dan Gangguan Syaitan

Ayat Kursi (ayat 255) adalah sebahagian ayat yang dipetik dari surah al-Baqarah. Ia diturunkan setelah berlakunya hijrah Rasulullah s.a.w serta umat Islam. Lantaran keistimewaan serta manfaat yang besar bagi sesiapa yang mengamalkan ayat tersebut dalam apa jua keadaan, maka Rasulullah s.a.w telah mengarahkan Zaid bin Tsabit menulis ayat berkenaan serta menyebarkannya kepada masyarakat Islam.

Terdapat banyak keistimewaan membaca ayat al-Kursi. Berikut antara yang boleh dijadikan pedoman.


1. Di dalam kitab Assarul Mufidah, menerangkan sesiapa yang mengamalkan membaca ayat Kursi, setiap hari sebanyak 18 kali, Insya-Allah, akan dibukakan dadanya dengan berbagai-bagai hikmah, dimurahkan rezeki, dinaikkan martabat atau darjatnya dan diberikan pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya. malah seseoran itu akan terpelihara dari segala bencana dengan izin Allah.


2. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seseorang dari umat ku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak 3 kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."


3. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak idur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika marah, maka akan hilang rasa marahnya.


4. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, pagi dan petang, setiap kali keluar dan masuk rumah atau ketika bermusafir, insya-Allah akan terpelihara dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya.


5. Abdurahman bin Auf menerangkan, apabila dia masuk ke rumah dibaca ayat Kursi pada 4 penjuru rumah dan mengharapkan, ia menjadi penjaga dan pelindung syaitan.


6. Syeikh al-Buni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insya-Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal. Malah menunaikan segala hajat, melapangkan fikiran, dimudahkan rezeki, menghilangkan kedukaannya dan diberkan segala apa yang dituntut.


7. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menjelaskan, sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak 1000 kali dalam sehari semalam, selama 40 hari, demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksudkan dan diberikan pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Quran)


8. Imam Jaafar Shadiq r.a. menjelaskan, sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindarinya 1000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, 1000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali azab api neraka.


9. Jika berpindah ke rumah baru, disarankan pada malam pertama menduduki rumah tersebut, dibacakan ayat Kursi dengan harapan Allah melindungi diri dan keluarga dari sebarang gangguan zahir dan batin.


10. Mereka yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan, insya-Allah akan mendapat bantuan daripada Allah.


11. Mereka yang membaca ayat Kursi di akhir setiap solat, tidak menegah akannya untuk masuk syurga kecuali  maut dan siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah akan memelihara diri, rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah di sekitarnya.


12. Ayat kursi yang dibaca dengan khusyuk akan menyebabkan jin dan syaitan terbakar.


13. Mengamalkan bacaan ayat Kursi, akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.


* Semoga dengan apa yang saya kongsikan hari ini dapat diamalkan oleh semua pembaca.


Sekian, renung-renungkan dan selamat beramal! :)

No comments:

Post a Comment